Dengan Software Tulis Ads, Nak Buat Konten dan Tarik Orang Membeli Makin Senang

Tak perlu download apa-apa. Login je nanti ikut link yang saya bagi.

Beli Sekarang

Boleh guna software ni untuk buat ayat soft sell.

Nak buat copywriting di Facebook pun boleh.

Dan buat iklan jadi mudah sangat.

Apa Yang Ada Dalam Software Tulis Ads Ni?

Biar AI Tuliskan Untuk Anda.

Tak tahu nak tulis apa? Beritahu je Tulis Ads produk tu dan apa yang nak cerita. Automatik keluar ayat.

Tak puas? Tekan lagi butang generate lagi. Senang kerja.

Pelbagai Fungsi AI Untuk Senangkan Kerja Mengayat Customer Anda

Selain daripada generate ayat untuk menjual secara automatik, boleh juga...

  • Generate post untuk engagement.
  • Buat copywriting menjual (story telling).
  • Buat headline
  • Buat hook video,
  • Buat copywriting guna formula proven.

Tiada Lagi 'Writer's Block': Ratusan Template Untuk Anda

Nak tulis ayat dekat social media makin senang bila ada beratus-ratus template untuk anda guna ni.

Tekan dropdown di atas dan tengok template apa yang ada di sini. Ia akan ditambah daripada semasa ke semasa.

Tak Pandai Buat Tajuk?

Headline Generator Ini Ciptakan Headline Berkesan Untuk Anda

Dapatkan headline semudah mengisi tempat kosong

Senang kan isi sekali berpuluh-puluh headline tersedia?

Kadang-kadang satu tak cukup... kita nak lagi banyak headline.

Apabila anda isi ruangan yang diberi, ada berpuluh-puluh headline tersedia untuk anda.

Pakai sahaja yang mana yang anda mahu.

Kekeringan Idea?

Pemula Ayat Ini Selesaikan Masalah Anda

Tak tahu nak mula ayat? Kita bagi pemula... Nak ayat lain untuk bayangkan? kita bagi ayat bayangan... gembira... sedih... macam-macam lagi

Buat iklan seperti main susun-susun di dalam Tulis Ads ini.

Sales naik sebab pakai Tulis Ads

Sangat memudahkan

Awesome sangat. Ubah sikit-sikit je.

Orang jual hartanah kata padu.

Pilih je mana-mana yang sesuai.

Berbaloi dan jimat masa.

Power!!!

Tak payah fikir dah.

Bonus #1: Marketing Libraries

Tulis Ads ni tak lengkap tanpa perpustakaan ini. Di sinilah saya kongsikan pengalaman saya menjadi orang belakang beberapa syarikat sejak tahun 2006 lagi.

Ini adalah hasil daripada ribuan split test, mencuba pelbagai teknik dan gagal entah berapa banyak kali.

Apa yang akan anda belajar akan mengelakkan diri anda daripada melakukan kesalahan yang sama.

Buat apa lalu jalan saya kalau saya boleh tunjuk apa yang perlu elak... dan apa yang perlu dibuat, kan?

Antara perkara yang akan saya ceritakan:

  1. Apa setting TikTok Ads yang saya pakai untuk run ads
  2. Cara nak cari audiens cepat-cepat. Ni bende pertama kena betul. Bila dah jumpa audien 'ngam' dengan cepat, anda hanya perlu pastikan copywriting dan offer yang betul je untuk dominate pasaran. Bayangkan kalau jual terung goreng pada orang tak suka sayur. Memang susah lah. Video yang saya kongsikan dalam ni boleh bantu cari audien untuk semua media sosial.
  3. 3 kategori manusia. Tahu kategori ni, tahu nak susun macam mana ayat tu.
  4. Apa yang anda JANGAN BUAT bila buat iklan. Kalau buat, orang akan turn off dan bash di komen.
  5. Kalau anda jual benda mahal, saya cerita target pasaran anda sekarang ni.
  6. Kalau anda pasarkan produk kepada pasaran yang banyak kena potong gaji / dibuang kerja, ini produk yang sesuai untuk anda jual.
  7. Satu benda WAJIB yang anda kena buat kalau nak pastikan pembaca terus membaca apa yang anda tulis sehingga hujung
  8. Cara rangka tawaran anda: walaupun margin kecil! Dan kalau premium, ini cara "kacang, celah gigi je" untuk naikkan nilai produk
  9. 3 kriteria yang anda kena tengok untuk pastikan anda tak buat kerja sia-sia jual produk tak laku. (Kalau produk anda sekarang suam-suam kuku, info yang saya kongsikan dalam 'Cara Nak Teropong' akan membantu anda ketahui sama ada iklan itu boleh berkesan atau tidak.
  10. Kapsyen apa nak tulis bila buat iklan di TikTok? Saya kongsikan di dalam.
  11. Setting yang saya gunakan run iklan di semua media sosial!
  12. Bagaimana saya jual kereta X50... dengan bercerita (cara nak buat copywriting storytelling)
  13. Kalau jual servis... ini funnel yang anda boleh gunakan untuk bisnes anda
  14. Tool mudah untuk tengok iklan yang sudah convert di TikTok!
  15. Apa nak buat kalau anda nak buat duit 'on demand'. Sesuai kalau nak dapatkan cash cepat.
  16. Kenapa bila jadi agent cepat sangat iklan tak perform (dan apa HQ boleh buat untuk pastikan agent perform bila buat paid ads!)
  17. Apa itu ad dan web fatigue... dan kenapa perkara ini yang akan buatkan iklan anda perform (atau) tak perform.

Dan itu hanyalah sebahagian daripada topik yang saya kupas di dalam marketing library.

Tak kira lah anda promo produk di media platform mana pun. Anda boleh gunakan info yang saya kongsikan dalam ini untuk kelebihan anda.

BONUS #2: Group Telegram Untuk Discuss Hal-hal Marketing!

Kadang-kadang saya malas nak update members area, saya terus je update info baru ke dalam group ni. Contoh saya share PDF dengan ahli. Saya outline kan apa yang saya buat untuk strategi marketing saya.

Dan ahli Tulis Ads pun berdiskusi dengan saya mengenai hal tersebut.

Tengok terus apa yang berkesan untuk market kan produk anda.

BONUS #3: Ad Angles Ebook (RM127)

Ini adalah e-book terbaru yang saya keluarkan HANYA UNTUK pelanggan Tulis Ads.

Di dalam e-book ini anda akan mempelajari mengenai:

  1. Bagaimana untuk segmenkan prospek anda... supaya anda dapat susun iklan berdasarkan beberapa kategori panas.
  2. Angle iklan: Kategori ini adalah langkah pertama untuk anda tahu sama ada Angle #1 itu dalam kategori p____, m______ atau c_____
  3. KENAPA bukan semua angle iklan sama pulangannya: dan cara untuk tahu angle mana yang bagi paling tinggi ROI
  4. BAGAIMANA untuk menggunakan Asymmetrical Return untuk dominasi pasaran produk
  5. Cara MUDAH Untuk Mengambil Peluang Menggunakan Iklan Sedia Ada Untuk Membuat Angle Baru Untuk Dicuba (Salah Ni, Buat Habis Duit Je. Hint: Angles tu akan make or break kempen iklan anda)
  6. Bulatan Kebenaran: litmus test yang boleh anda gunakan untuk memberi 'pangkat' pada setiap angle yang anda jumpa untuk produk anda.
  7. Apa yang orang selalu tak buat bila segmenkan angle ikut umur... dan bagaimana anda boleh gunakan benda yang ramai orang terlepas ini untuk cari jarum untuk masuk ke dalam hati prospek.

Anda tidak akan dapat e-book ini di mana-mana pun. E-book ini eksklusif untuk pembeli Tulis Ads.

Sentiasa Dikemas Kini

Tool ini sentiasa berevolusi. Saya mintak feedback daripada customer. Kemudian saya akan tambah baik daripada semasa ke semasa.

Template dulu ada 40 lebih sahaja, sekarang dah ada 338 templates.

Dan nanti kita bukan hanya satu media sosial je. Kita akan support pelbagai media yang perlukan ayat. Tak semestinya menjual. Kalau nak bina followers pun boleh.

Nak Pakai Tulis Ads?

Berapa harga Tulis Ads? RM197.

Beli sekali je. Update sampai bila-bila. Template. AI.

Ada yang guna Tulis Ads ni dan run iklan lebih daripada 3k sehari.

Dan masih profit.

Jadi saya tahu Tulis Ads ni berkesan. Dan customers pun suka. Macam korang tengok feedback dalam page ni.

Jadi, ni jaminan saya.

Dalam marketing library, anda akan tengok strategi saya gunakan untuk bisnes saya.

Guna A sampai Z dalam tu.

Saya jamin anda akan dapat sekurang-kurangnya kenaikan 30% sales kalau guna.

Bukan tu je. Macam saya cakap sebelum ni, anda akan dapat akses kepada group Tulis Ads.

Di dalam tu, anda boleh tanya apa-apa soalan berkaitan bisnes anda.

Kita akan tolong anda sampai anda boleh melepasi graviti masalah bisnes anda.

Dan paling penting sekali: kalau anda tak dapat ROI sekurang-kurangnya 3X setelah anda menggunakan teknik, template dan strategi copywriting ni, beritahu saya.

Saya akan refund balik.

Yang penting, anda takkan rugi pakai Tulis Ads ni. Dan untung sekurang-kurangnya 3X.

Dengan RM197, anda akan mendapat Tulis Ads dengan ciri-ciri berikut:

  • Template copywriting pelbagai niche
  • Headline generator
  • Senarai ayat mengikut emosi
  • Copywriting AI: headline, hook, video script, copywriting
  • Marketing library
  • Group support

Dapatkan Tulis Ads dengan mengisi borang di bawah. Anda akan dibawa ke skrin membuat pembayaran selepas mengisi borang di bawah.

Nama
Emel
No Telefon

Soalan Lazim Mengenai Tulis Ads

Soalan: Tulis Ads ni apa?

Jawapan: Tulis Ads ni ialah software copywriting untuk memudahkan sesiapa je buat content dan ayat untuk menjual. Nak buat skrip video pun boleh buat.

Soalan: Kena install apa-apa ke?

Jawapan: Tak perlu install apa-apa. Nanti login je menggunakan username dan password yang anda set nanti.

Soalan: Boleh pakai phone ke? Ataupun desktop je boleh?

Jawapan: Dua-dua boleh! Kalau perasan, kebanyakan demo dalam iklan dan di post dalam page semuanya saya pakai phone.

Soalan: Saya tak berminat dengan template sebab saya tak pakai template. Kalau saya beli untuk info-info je boleh ke?

Jawapan: Boleh sangat-sangat! Sebab kita share info advanced.

Sebagai contoh baru-baru ni kita tambah info pasal angles, ada juga pasal flow dalam surat jualan.

Soalan: Ada tak skrip closing dalam ni?

Jawapan:Ada. Sekarang ni kita dah masukkan skrip closing dan kita akan tambah skrip closing baharu setiap bulan.

Soalan: Ada channel tak nak follow?

Jawapan: Ada. Kadang-kadang saya buat sharing di channel percuma Tulis Ads ini.

Soalan: AI ni unlimited ke?

Jawapan: Apabila anda dapatkan Tulis Ads, anda akan mendapat 200 ribu token. Sama dengan 200 ribu patah perkataan. Tak perlu bayar bulan-bulan! Kalau token tu habis, topup je RM37 untuk 50 ribu patah perkataan. Saya dah pakai sejak Julai 2022 tak habis-habis lagi. Tak sampai 150 ribu patah perkataan pun.

Soalan: Kalau token AI ni habis, dah tak boleh pakai ke?

Jawapan: Eh boleh je. Takde masalah pun nak pakai. Template, headline generator, ayat-ayat tu semua boleh pakai. Marketing library pun boleh akses. Semua update untuk Tulis Ads akan dapat walaupun token dah habis.

Soalan: Kena bayar bulan-bulan ke?

Jawapan: Tak payah. Bayar akses ni sekali je. Kalau token habis je topup. Kalau 5 tahun tak habis-habis token tu, boleh je akses.

Ada sebarang soalan mengenai Tulis Ads? Boleh klik di link di bawah:
Tanya pasal Tulis Ads

Tentang Developer

Nama saya Abdul Rahman dan saya seorang IT consultant dan copywriter.

Ni beberapa screenshot produk yang saya bantu untuk buat jualan.

Produk dalam kategori fesyen, pendidikan, buku, dan barang basah.

Semuanya produk dalam kategori berlainan. Maksudnya satu: teknik-teknik dan tool yang akan anda tengok di dalam ini berkesan. Cara sama, industri berlainan.