Cara Nak Buat Konten Senang-Senang Menggunakan Tulis Ads

Template copywriting – ada.

Skrip TikTok – ada.

AI – ada.

Semua dalam satu tempat.

Dalam blog post ini saya akan cerita mengenai Tulis Ads.

Apa ciri-ciri dia.

Kenapa boleh tolong usahawan untuk buat copywriting dengan lagi senang.

Apa Sebenarnya Tulis Ads Ni?

Tulis Ads sebenarnya ialah satu app copywriting yang all-in-one. Semua dalam satu. Dalam tu ada fungsi. Antaranya ialah headline generator, template copywriting, template ayat, dan kamus.

Dan paling baru (saya letakkan fungsi ni Julai 2022): AI. Artificial Intelligence gitu.

Apa fungsi ada semua ni?

Kalau kita buat bisnes online ni, ada 3 komponen wajib yang kena ada. Audien. Copywriting. Dan Offer.

Tiga ni.

Tulis Ads akan menyenangkan komponen kedua iaitu copywriting.

NI interface Tulis Ads:

Kalau tengok ni, ada headline, ayat, template.

Lepastu AI pula ada 5 fungsi. Headline, copywriting, Post, video hook, dan copywriting generator guna formula.

Tempat ni boleh jadi tempat setempat untuk anda buat iklan. Semua tool untuk buat ayat iklan ada dalam ni.

Bila anda dah save iklan anda, boleh duplicate iklan anda untuk buat satu lagi. Mana tahu nak ubah-ubah lepastu nak guna untuk split test kan?

Dan of course, kalau tiba-tiba buntu nak buat ayat iklan, kita boleh aje refer dekat video-video yang saya dah buat ni.

Ini kira macam value-added jugaklah. Beli software, dapat video. (Yang ramai orang suka dan mungkin lain daripada lain ialah video 1 dan video 4.)

Video 4 tu dah berapa bulan dah published… dan sekarang baru ramai orang tergesa-gesa nak pakai. Sedangkan dah lama ahli Tulis Ads tahu.

Tapi tu lah, kita ni bukan sifu. Kita cuma kongsi apa yang kita tahu dan berkesan je.

Tu yang seronok baca customer emel request feature baru dan bila saya tanya diorang macam mana, diorang pun cerita pasal macam mana tool ni bantu diorang…

Sesetengah emel dan mesej di Telegram / Facebook boleh tengok dekat website.

Apa Pelan Tulis Ads Ni?

Kalau yang dah lama ternampak iklan Tulis Ads ni akan perasan tool ni dalam evolusinya.

Yep. Ia bukan statik. Dulu isi tempat kosong je ye. Sekarang ni siap ada boleh save lagi. Ada customer tanya, ‘eh mana tempat isi tempat kosong dulu?’

‘oh dah berubah habis dah app ni’.

Jadi apa yang anda tengok mengenai Tulis Ads ni adalah satu evolusi. App ini akan akan berubah daripada semasa ke semasa.

Klik sini untuk ke website utama untuk baca pelbagai testimoni-testimoni yang ada di website Tulis Ads.

Dah cerita macam-macam contoh copywriting bagi, baru nak cerita pasal Tulis Ads kan? Haha.


Dapatkan 10 template copywriting Facebook Ads yang proven pada harga RM27. Klik sini untuk dapatkan.

3 thoughts on “Cara Nak Buat Konten Senang-Senang Menggunakan Tulis Ads”

Leave a Comment